Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek memulakan sesi pengajiannya pada tanggal 1 Disember 1995 dengan tujuan menampung keperluan penduduk sekitar kawasan Bercham, Taman Ipoh Selatan dan kawasan perindustrian Tasek, sekaligus dapat mengurangkan kebanjiran pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan.
Projek pembinaan sekolah ini terpaksa dipercepatkan memandangkan ledakan pertumbuhan penduduk Bercham dan kawasan sekitarnya begitu mendadak khususnya sejak selesainya pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan dan kemunculan pusat membeli belah MAKRO. Seiring dengan perkembangan pesat ini, adalah difikirkan perlu mewujudkan sekolah baru yang dapat mengurangkan kesulitan para pelajar di kawasan sekitar Bercham berulang-alik ke sekolah yang dinyatakan kerana jaraknya agak jauh.

besar jgk sk ni
ReplyDelete